|
PENGHARGAAN Penghargaan buat keluarga tersayang, yang telah banyak membantu dalam penubuhan cantiquemanis.com. Terima kasih diatas segala sokongan dan galakan yang diberikan , sebenarnya disinilah hati dan jiwaku berada. Tidak dilupakan juga kepada kedua teman rapatku Liana dan Iku yang sudi menemani diri ini ke mana saja ku ajak pergi, tanpa banyak alasan mereka akan temankan. Liana walaupun kau telah pulang ke tanah tumpah darahmu iaitu Johor tapi persahabatan kita tak akan terputus aku doakan semoga kau cepat bertemu jodoh di sana, hehe. Iku, yang masih menjadi mangsa ku ajak ke sana sini, masih sudi lagi dia menemankan aku, semoga cepat dapat jodoh jugalah hendaknya. Kepada teman-temanku yang lain, maaflah jika nama kalian tidak tercatit di sini, bukan apa, tak muat kalau nak dimasukkan semua. Penat pulak orang lain nak membacanya nanti. Tapi kalian semua tetap di hati dan terima kasih kerana sudi memberikan idea dan pandangan. Walau sekecil manapun semuanya ku terima dengan hati terbuka. Akhir sekali kepada sayangku Zamri, terima kasih di atas segala galakan, sokongan serta bimbinganmu selama ini. Segala kritikanmu yang manis, masam dan tak kurang pedasnya itu akan ku jadikan panduan untuk mengharungi dunia perniagaan ini. Terimalah serangkap pantun dariku Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang handsome itu zamri, Yang manis itu saya. Jangan marah ya, nanti kena jual! Terima kasih.Assalamualaikum.Good day. ~rosie~
Layari laman web kami untuk membuat pesanan ataupun pertanyaan. Kami sedia membantu anda dari segi perancangan hantaran mahupun perbelanjaan yang diperlukan. Setiap gubahan dijamin kualitinya.Terima kasih. |
|||||
|
MENU . GALLERY . CONTACT
© Copyright by cantiquemanis.com 2007 |
|||||